Tarikh : 15 September 2017 Masa : 2.00 petang – 6.00 petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar sekolah. Petugas memperkenalkan kepada para peserta tentang dashboard komuniti dan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan My Komuniti.
Aktiviti
Setiap peserta telah menggunakan kemudahan PC di dalam bilik latihan dan kesemua mereka telah mempunyai dashboard komuniti, setiap mereka telah belajar bagaimana untuk membuat pengumuman di dalam MyKomuniti dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta.
Tarikh : 8 September 2017 Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebansaan Lundu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan asas berkaitan Micrsoft Word dan cara menggunakan Microsoft Word. Pada masa yang sama mereka mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari untuk membuat kerja sekolah mereka.
Aktiviti
Peserta telah belajar dengan mengunakan modul yang telah disediakan oleh Petugas PEDi dan setiap mereka menggunakan komputer di bilik latihan PEDi. Seterusnya mereka juga diberikan latihan asas untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka terhadap apa yang telah diajar.
PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN
Tarikh : 30 Ogos 2017 Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 24 Orang |
Tujuan
- Meningkatkan lagi semangat cintakan akan negara dalam kalangan peserta.
- Menambahkn ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah negara.
- Merapatkan hubungan antara komuniti dan petugas PEDi
- Membantu untuk mempromosikan PEDi.