Tarikh : 24 November 2017

 Masa  : 2:00 Petang - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 40 Orang

 

 

 

Tujuan

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penggunaan internet .

 

Aktiviti

Pertandingan ini telah disertai seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah dan penduduk setempat.

Tarikh : 23 November 2017

 Masa  : 2:00 Petang - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 20 Orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan tentang Dashboard Komuniti kepada penduduk setempat.

 

Aktiviti

Menerangkan tentang kemudahan yang sedia ada tentang Dashboard Komuniti. Peserta yang menyertai turut memuat turun aplikasi tersebut.

BENGKEL KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY

 Tarikh   : 7 Oktober 2017

Masa     : 1.30 Petang hingga 5.00 Petang

Lokasi   : PEDi Lundu

Peserta  : 25 Orang 

Tujuan

Peserta yang hadir adalah terdiri daripada golongan belia dan wanita daripada sekitar daerah Lundu. Mereka telah didedahkan dengan cara penjagaan muka dan juga teknik asas solekan yang telah dibuat oleh Independent Beauty Consultant daripada pihak Mary Kay.

Aktiviti

Kesemua aktiviti telah dilakukan secara praktikal iaitu kesemua peserta telah diberi untuk merasa menggunakan produk set botanical penjagaan kulit Mary Kay. Mereka telah diajar teknik mencuci muka yang betul, teknik membersih tangan dan juga merawat bibir. Selepas itu kesemua peserta didedahkan dengan alat kosmetik produk Mary Kay dan mereka telah didedahkan dengan teknik asas solekan.

 

Kelas Aplikasi Sumo Paint

 Tarikh    : 13 & 14 Oktober 2017

 Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

             : 2.00 Petang - 5.00 Petang

             : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

 Lokasi   : PEDi Lundu

 Peserta : 28 Orang 

Tujuan

Kesemua peserta yang menyertai kelas Sumo Paint ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Kelas ini memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana hendak melukis dan mewarna secara online sahaja melalui laman sumo paint.

Aktiviti

Peserta telah menggunakan kemudahan komputer di dalam bilik latihan dan kesemua mereka telah diajar bagaimana untuk mewarna dan melukis dengan hanya menggunakan aplikasi Sumo Paint. Petugas telah memberikan beberapa lukisan dan peserta perlu mewarna lukisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Kelas aplikasi Sumo Paint ini telah mendapat sambutan dalam kalangan komuniti di Lundu. 

 

Kelas Email (Gmail)

 Tarikh      : 19 Oktober 2017

 Masa       : 2.00 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi     : PEDi Lundu

 Peserta   : 5 Orang 

Tujuan

Kesemua peserta yang mengikuti kelas email ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Mereka telah belajar bagaimana untuk membuat email Gmail mereka sendiri serta didedahkan bagaimana untuk mengunakan email tersebut.

Aktiviti

Peserta telah menggunakan kemudahan computer yang ada di bilik latihan dan kesemua mereka telah diajar untuk membuat email Gmail mereka sendiri. Kesemua mereka pada sebelum nya belum ada email mereka sendiri dan tidak tahu fungsi email. Setelah membuat email, mereka telah belajar bagaimana untuk menghantar email, untuk menaip email secara rasmi dan tidak rasmi. 

Tarikh    : 10 November 2017

Masa      : 9.00 pagi - 11.45 pagi

              : 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   : PEDi Lundu

Peserta  : 25 Orang

 

Tujuan

Penghasilan Majalah Digital Sekolah ini merupakan salah satu usaha dalam menggalakkan penggunaan ICT di kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Cikgu dan murid telah menggunakan kemudahan komputer di dalam bilik latihan dan kesemua mereka telah diajar bagaimana untuk menghasilkan majalah sekolah masing-masing secara digital dari pihak SKMM . Seramai 25 orang cikgu di seluruh Lundu menyertai klinik ini.

 

GAMBAR DISINI 

 

 

Tarikh    : 17 September 2017  

Masa     :  9.00 am – 12.00 pm ( Slot 1 )

               2.00 pm – 6.00 pm ( Slot 2 )  

Lokasi   :  PEDi Lundu

Peserta :  14 Peserta

 

Tujuan

Peserta yang hadir pada kelas Microsoft Word ini terdiri daripada 14 orang daripada sekolah-sekolah rendah sekitar pekan Lundu. Dalam kelas kali ini peserta telah didedahkan dengan asas pengunaan Microsoft Word 2010 dan pada masa yang sama mereka juga belajar menaip. 

Aktiviti 

Setiap peserta menggunakan PC yang ada di bilik latihan, mereka telah belajar bagaimana untuk membuka dan mengunakan Microsoft Word. Petugas telah menerangkan kepada mereka asas Microsoft Word berdasarkan modul yang disediakan oleh petugas. Mereka juga telah diberikan tugasan untuk membuat biodata mereka sendiri dengan menggunakan Microsoft Word. 

 Gambar Disini