Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu

       

SMK Lundu merupakan salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan kawasan Pekan Lundu. Jarak nya hanya 3KM sahaja dari Pekan Lundu dan mengambil masa 10 minit untuk sampai. Kedudukan SMK Lundu juga terletak di kaki Gunung Gading dan berhampiran dengan Taman Negara Gunung Gading. Dikatakan SMK Lundu dibina di bawah Rancangan Kim Boo pada tahun 1965 melalui Jabatan Pelajaran Sarawak. 

 

Sekolah Kebangsaan Bumiputera 

          

Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah ditubuh secara rasmi pada tahun 1949. Penubuhan sekolah ini adalah atas inisiatif dan kesedaran masyarakat bumiputera tentang ilmu dan pendidikan. Penubuhan adalah bagi menyedia ruang dan peluang belajar kepada anak-anak bumiputera di Daerah Lundu dan kawasan-kawasan berdekatan. Jarak sekolah ini daripada pekan Lundu hanya 1KM sahaja. Terdapat 2 buah Pra sekolah di dalam kawasan sekolah ini. 

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Lundu 

          

SJK (C) Chung Hua Lundu merupakan salah sebuah sekolah cina yang terletak di Pekan Lundu serta mempunyai sebuah Pra sekolah Cina juga.