Daerah Lundu merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Kuching.  Populasi penduduk di sekitar pekan Lundu sebanyak 6600 orang dengan purata isi rumah dianggarkan sebanyak 1180. Kaum yang terdapat di Daerah Lundu ialah Iban,Melayu,Bidayuh,Cina,Salako dan sebagainya. Penduduk di Lundu mendapat kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan, keselamatan dan keperluan harian di Pekan Lundu.Lundu sangat popular dengan pusat pelacongan iaitu dengan adanya Taman Negara Gunung Gading dan pantai-pantai yang cantik. Kemudahan jalan raya yang berturap di daerah Lundu merancakkan lagi pembangunan nya serta memudahkan lagi pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan usuran harian mereka

                                                 AHLI PALIMEN, ADUN DAN PEGAWAI DAERAH

 

 

AHLI PARLIMEN

YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri

( P.193 SANTUBONG )

             

                       YB-NANCY

 

 

ADUN KAWASAN

YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan

( N.3 Tanjung Datu )

                     

                       Yb-Azizul-Annuar-Adenan 

 

PEGAWAI DAERAH LUNDU

Encik Gustian Bin Haji Durani

( Pejabat Daerah Lundu)

                    

                       

 

SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LUNDU

Puan Norashikin Binti Brahim

( Majlis Daerah Lundu)

 

puan-su

Pejabat Daerah Lundu

Pejabat Daerah Lundu ialah satu organisasi kerajaan sebagai Penyelaras (Chief Coordinator) ke atas semua aktiviti-aktiviti pembangunan di peringkat daerah Lundu. Pejabat Daerah Lundu membatu penduduk dari segi pembasmian kemiskinan, meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dengan projek dan bantuan-bantuan yang telah disediakan. Pejabat Daerah Lundu di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching dan diketuai oleh Pegawai Daerah Lundu iaitu Encik Gustian Bin Haji Durani serta dibantu oleh 22 orang kakitangan yang lain.

Antara perkhidmatan yang mereka berikan kepada penduduk di Lundu ini ialah pendaftaran anak angkat, pendaftaran probet, pengurusan lesen perniagaan dan senapang, akuan besumpah dan sebagainya. Pihak Pejabat Daerah Lundu juga mengurus dan menyelia para Ketua-ketua masyarakat dan Ketua-ketua kampung supaya mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan betul tanpa mengabaikan komuniti masing-masing. 

Majlis Daerah Lundu

Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Lundu telah dikenali sebagai Majlis Daerah Lundu dan mereka telah mengurus segala perkhidmatan dan keperluan yang diperlukan oleh penduduk Lundu. Antara kemudahan awam yang mereka telah sediakan ialah seperti taman permainan kanak-kanak padang sukan, tempat-tempat rekreasi, jalan raya, pembinaan bangunan kedai dan sebagainya.

Majlis Daerah Lundu telah memberikan perkhidmatan yang terbaik demi untuk menjaga komuniti di Lundu di samping meningkatkan ekonomi daerah Lundu yang terkenal dengan kawasan pelancongan dan menjadi tumpuan pelancong daripada dalam dan luar negara.

 

KAWASAN DAERAH LUNDU

Terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Meliputi kawasan seluas 1962.2 km persegi. Pusat pentadbiran Daerah Lundu bertempat di Pekan Lundu manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil.Kawasan Pentadbiran di bawah bidang kuasa  Majlis Daerah Lundu adalah seluas 16.08 KM Persegi .

Penduduk
Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Banci 2010 ialah seramai 34,576 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh. Kepadatan penduduk sebanyak 17.6 orang setiap kilometer persegi.

Aktiviti Ekonomi Dan Pertanian

Hampir 80% daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sektor pertanian, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Dan kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, FELDA, SALCRA, Persatuan Peladang, SEDC, PELITA, FELCRA dan lain-lain.
Selain daripada itu, aktiviti pembalakan, pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau, Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu daripada sumber ekonomi penduduk di sini.

Kelab Belia Maju Lundu telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2017 dan telah disertai oleh belia-belia daripada seluruh daerah Lundu. Kelab Belia Maju Lundu ini telah ditubuhkan untuk membantu para belia di daerah Lundu. Persatuan ini bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan  sukan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 

Kelab Belia maju Lundu ini juga telah banyak membantu persatuan-persatuan yang ada di Daerah Lundu dalam melaksanakan aktiviti atau program yang diadakan di Daerah Lundu. Pelbagai jenis kaum masyarakat di dalam kelab ini dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan saling bantu membantu untuk memajukan daerah Lundu ini. Segala cetusan idea yang diberikan selalunya akan dibincangkan dan dilaksanakan dengan baik. Kelab ini telah diketuai oleh Encik Hazizan Bin Haji Hakim dan dibantu oleh Pegawai Daerah Lundu Encik Gustian Bin Haji Durani sebagai penasihat kelab. 

Mengenai sejarah Lundu tidak banyak yang diketahui oleh penduduknya namun kebanyakan penduduk di sini menyatakan bahawa nama Lundu ini di ambil sempena dengan nama ikan Lundu.Dikatakan pada zaman dahulu di kawasan ini terdapat banyak ikan Lundu tersebut dan menurut Dr Otto.Steinmeyer. Beliau menyatakan,

 " Bagi sesiaapa yang tahu bahawa, tanah di sekitar Lundu ini kosong dan tiada kaum yang hidup pada mulanya" Walaupun mempunyai sungai utama yang di panggil Batang Kayan tetapi tidak ada bukti yang menyatakan bahawa ada penduduk yang pernah mendiami sekitar sungai itu. Pertengahan abad ke-18, sekumpulan Bidayuh daripada Bau dan penduduk dari Indonesia telah mula menapak dan tinggal di tebingan sungai Batang Kayan iaitu di mana Kampung Stunggang Melayu itu sekarang. Mereka yang datang itu dipanggil Lundu Dayak. Nama Lundu itu sendiri di ambil daripada ikan yang seakan ikan keli kecil yang memenuhi kawasan Sungai Lundu yang mengalir turun daripada Gunung Gading"