Mengenai sejarah Lundu tidak banyak yang diketahui oleh penduduknya namun kebanyakan penduduk di sini menyatakan bahawa nama Lundu ini di ambil sempena dengan nama ikan Lundu.Dikatakan pada zaman dahulu di kawasan ini terdapat banyak ikan Lundu tersebut dan menurut Dr Otto.Steinmeyer. Beliau menyatakan,

 " Bagi sesiaapa yang tahu bahawa, tanah di sekitar Lundu ini kosong dan tiada kaum yang hidup pada mulanya" Walaupun mempunyai sungai utama yang di panggil Batang Kayan tetapi tidak ada bukti yang menyatakan bahawa ada penduduk yang pernah mendiami sekitar sungai itu. Pertengahan abad ke-18, sekumpulan Bidayuh daripada Bau dan penduduk dari Indonesia telah mula menapak dan tinggal di tebingan sungai Batang Kayan iaitu di mana Kampung Stunggang Melayu itu sekarang. Mereka yang datang itu dipanggil Lundu Dayak. Nama Lundu itu sendiri di ambil daripada ikan yang seakan ikan keli kecil yang memenuhi kawasan Sungai Lundu yang mengalir turun daripada Gunung Gading"