Usahawan Shopee 

 Nama : Nur Faziana Bt Abdul Rani

 Umur : 23 Tahun

 Ahli   : 2021

Latar Belakang 

Puan Nur Faziana merupakan seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan kedai dalam talian iaitu menggunakan platform Shopee. Beliau juga mempunyai stall perniagaan di pasar Pekan Lundu.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya menjual barangan seperti, kuih muih, kuih kering dan sebagainya di stall pernigaannya sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menggunakan Facebook, Whatsapp dan shopee untuk mempromosikan perniagaannya. Kini, Puan Nur Faziana telah mendapat banyak tempahan dari kedai Shopee. Tempahan beliau melalui platform ICT dapat meningkatkan pendapatanya dan beliau juga menerima tempahan daripada semenanjung juga. Pada masa yang sama, beliau seorang yang rajin bertanya dan sering ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas dan meminta tunjuk ajar petugas PI dalam mengenali perniagaan dalam talian. Selain itu, beliau juga sering berkongsi ilmu Keusahawanan yang diperolehinya kepada rakan-rakan usahawan yang lain.

Usahawan Kedai Jahitan & Pola Pakaian 

 Nama : Siti Hawa Binti Mahri

 Umur : 29 Tahun

 Ahli   : 2018

Latar Belakang 

Puan Siti Hawa merupakan seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan kedai jahit. Beliau mempunyai kedai jahit di Kampung Stunggang yang dikenali sebagai Butik Ofolar. Beliau seorang tukang jahit sepenuh masa dan pada masa yang sama juga turut menjual Pola bagi memudahkan orang untuk menjahit pakaian.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya menerima tempahan daripada kawan-kawan di kampung, ahli keluarga yang mengetahuinya sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga kurang lumayan iaitu sekitar RM 800 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas beliau mula menggunakan Facebook, Whatsapp untuk mempromosikan perniagaannya serta produk pakaian lain yang telah dihasilnya. Kini, Puan Siti Hawa telah mendapat banyak tempahan bukan hanya daripada penduduk kampung di sekitar Lundu sahaja malah beliau juga menerima tempahan daripada semenanjung juga. Pada masa lapang beliau juga sering ke Pusat Internet Komuniti Lundu untuk mengikuti kelas dan meminta tunjuk ajar dalam mengenali laman sosial. Beliau juga sering berkongsi ilmu Keusahawanan yang diperolehinya kepada rakan-rakan usahawan yang lain.

 Nama : Hamri Bin Hairolmizam

 Umur : 17 Tahun

 Ahli   : 2017

Latar Belakang 

Hamri merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK Lundu namun pada masa yang sama beliau sangat berusaha untuk membantu dalam memajukan perniagaan Burger keluarga mereka. Beliau selalu mengikuti kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet untuk mempelajari sesuatu yang baharu bagi membantu untuk mempromosikan perniagaan mereka. 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet, Hamri dan keluarganya hanya membuat promosi perniagaan mereka secara biasa sahaja dan anggaran pendapatan sebulan yang diperolehi hanyalah RM1000 hingga RM4000 sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas Hamri mempelajari cara mempromosikan perniagaan yang betul melalui laman sosial terutamanya Facebook serta tahu cara untuk mengambil gambar dengan betul bagi memikat hati pelanggan. Beliau sangat bersyukur kerana kini homemade burger mereka semakin diketahui ramai dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk di Lundu dan sekitar Kuching. Anggaran pendapatan mereka sebulan kini telah meningkat daripada RM 5000- RM8000 sebulan. 

Usahawan Produk J.J

 Nama : Job Anak Tuba

 Umur : 36 Tahun

 Ahli   : 2017

Latar Belakang

Job Anak Tuba merupakan seorang yang berminat dalam seni jahitan membuat handmade bag yang telah menjadikan ianya sebagai salah satu aktiviti sampingan pada awalnya. Namun kini beliau telah bergelar sebagai usahawan dalam membuat handmade bag kerana perniagaan nya yang semakin berkembang dan mendapat sambutan ramai. Idea nya yang sentiasa ada untuk membuat setiap pembaharuan terhadap reka bentuk bag nya telah membuat beliau tidak jemu untuk berniaga. Beliau juga turut dibantu oleh isterinya yang mempunyai minat yang sama seperti beliau. 

Sebelum Penggunaa ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lah terlalu lumayan hanya sekitar di bawah RM 1000 sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang telah diikuti nya di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun page Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya. Kini pelanggan daripada luar kawasan Sarawak juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih daripada RM1000. 

Usahawan Produk A&J

 Nama : Juwita Binti Ali

 Umur : 28 Tahun

 Ahli   : 2017

Latar Belakang

Juwita Binti Ali merupakan seorang suri rumah tangga yang telah menjadikan perniagaan sebagai salah satu aktiviti sampingan nya. Namun kini beliau telah bergelar sebagai usahawan sepenuh masa kerana perniagaan nya yang semakin berkembang dan mendapat sambutan ramai. Idea nya yang sentiasa untuk membuat setiap pembaharuan terhadap produknya dan ini telah membuat beliau tidak jemu untuk berniaga sehingga bertahan lebih kurang 10 tahun hingga kini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dala berniaga, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 8000 sebulan sahaja iaitu untuk produk Kuah Rojak A&J dan mendapat tempahan dalam anggaran 300kg sahaja

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas Keusahawanan yang telah diikuti nya di PI dan dengan usahawa beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akan page Facebook dan Instagram nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya. Kini pelanggan daripada luar kawasan Sarawak juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman social tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah sekitar RM 15000- RM 20000.