Kemudahan awam yang terdapat di Pekan Daerah Lundu boleh dikatakan telah cukup lengkap. Hampir keseluruhan kampung-kampung di kawasan Daerah Lundu telah mendapat kemudahan bekalan elektrik,air, jalan raya yang berturap dan sebagainya. Dilengkapi juga dengan beberapa kemudahan asas seperti Dewan Masyarakat, Masjid Daerah, Mini Stadium, Dewan tetutup yang terdapat gelanggang untuk sukan badminton,bola tampar dan lain-lain lagi. 

Selain daripada mendapat kemudahan asas seperti yang dinyatakan, penduduk di daerah Lundu juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan pekhidmatan lain seperti Perbankan,perkhidmatan pos, kesihatan, Townquare Lundu, Waterfront dan kedai barangan untuk keperluan harian penduduk di Daerah Lundu. 

 

                               

                                                            Stesen Bus Lundu

 

 

                             

                                                 Dewan Tertutup Daerah Lundu