Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Lundu) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal  mula beroperasi pada 17 Ogos 2017.

 

OBJEKTIF PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL ( NADI )

1) Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2) Memberi pededahan kepada masayarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3) Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4) Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5) Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

LOKASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL LUNDU

NADI Lundu terletak di Tingkat 1 salah sebuah Blok bangunan perniagaan di Pekan Lundu. Lokasi NADI Lundu di atas kedai HPH Supplies & Services Sdn Bhd dan juga Trinity Pharmacy serta berhadapan SJK Chung Hua Lundu. 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Latihan Asas ICT 
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan Keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN

NADI Lundu telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai telah mendaftar diri sebagai Ahli dengan NADI Lundu bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

  AHLI LAMA

666

  AHLI BARU BULAN OGOS 2024

10
  KESELURUHAN PADA OGOS 2024 676

 

 

KENALI PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami ;

 

 PENGURUS

           WhatsApp-Image-2023-07-28-at-4.04.25-PM

          NAMA : SITI AMIRAH BT MOHAMAD PAUZI

          PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOCIAL DENGAN KEPUJIAN

             KAJIAN POLITIK & PEMERINTAHAN (UNIMAS) 

Mula Berkhidmat : 19 Jun 2017

               

               PENOLONG PENGURUS             

           Gambar-Passport

           NAMA :  RAFIQAH BINTI RAMLI

           PENDIDIKAN : DIPLOMA INFORMATION TECHNOLOGY

       DIGITAL TECHNOLOGY/NETWORKING (POLITEKNIK KUCHING SARAWAK)

Mula Berkhidmat : 8 Februari 2021