KAWASAN DAERAH LUNDU

Terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Meliputi kawasan seluas 1962.2 km persegi. Pusat pentadbiran Daerah Lundu bertempat di Pekan Lundu manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil.Kawasan Pentadbiran di bawah bidang kuasa  Majlis Daerah Lundu adalah seluas 16.08 KM Persegi .

Penduduk
Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Banci 2010 ialah seramai 34,576 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh. Kepadatan penduduk sebanyak 17.6 orang setiap kilometer persegi.

Aktiviti Ekonomi Dan Pertanian

Hampir 80% daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sektor pertanian, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Dan kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, FELDA, SALCRA, Persatuan Peladang, SEDC, PELITA, FELCRA dan lain-lain.
Selain daripada itu, aktiviti pembalakan, pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau, Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu daripada sumber ekonomi penduduk di sini.