Kelab Belia Maju Lundu telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2017 dan telah disertai oleh belia-belia daripada seluruh daerah Lundu. Kelab Belia Maju Lundu ini telah ditubuhkan untuk membantu para belia di daerah Lundu. Persatuan ini bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan  sukan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 

Kelab Belia maju Lundu ini juga telah banyak membantu persatuan-persatuan yang ada di Daerah Lundu dalam melaksanakan aktiviti atau program yang diadakan di Daerah Lundu. Pelbagai jenis kaum masyarakat di dalam kelab ini dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan saling bantu membantu untuk memajukan daerah Lundu ini. Segala cetusan idea yang diberikan selalunya akan dibincangkan dan dilaksanakan dengan baik. Kelab ini telah diketuai oleh Encik Hazizan Bin Haji Hakim dan dibantu oleh Pegawai Daerah Lundu Encik Gustian Bin Haji Durani sebagai penasihat kelab.