Tarikh : 10 September 2024 Masa : 8:00 Pagi - 2:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 15 Orang |
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam membuat ujian saringan kemasukan ke Pusat Permata Pintar UKM.Mereka diberikan masa selama 3 jam untuk menjawab ujian secara dalam talian yang merangkumi 15 modul. Ujian telah diadakan 2 sesi.
Aktiviti :
Calon peperiksaan diberikan masa selama 3 jam untuk menjawab 15 set ujian yang terdiri daripada STEM, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tarikh : 9 September 2024 Masa : 9:00 Pagi - 10:00 Pagi Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan digital memahami langkah-langkah dan proses logistik yang terlibat dalam penghantaran barang melalui platform Shopee, termasuk pembungkusan, penyediaan dokumen, dan penghantaran yang betul.
Aktiviti :
Usahawan dapat menguruskan operasi penghantaran mereka dengan lebih baik, memaksimumkan kecekapan perniagaan, dan menyediakan pengalaman yang berkualiti kepada pelanggan dalam ekosistem perniagaan atas talian di Shopee.
Tarikh : 30 September 2024 Masa : 9:30 Pagi - 12:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk memastikan pengendali makanan memahami dan mematuhi standard keselamatan dan kebersihan dalam pengurusan makanan. Kursus ini juga sebahagian daripada syarat peraturan kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini membantu perniagaan mematuhi undang-undang dan mengelakkan denda dikenakaan kepada mereka.
Aktiviti
Peserta telah mengikuti kelas secara dalam talian, mereka telah diterangkan tentang etika-etika yang betul dalam mengendali makanan. Kuiz juga turut diberikan untuk menguji pemahaman mereka terhadap apa yang disampaikan oleh pengajar.
Tarikh : 8 September 2024 Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya pelajar dapat menyampaikan mesej semangat cinta kepada negara melalui reka bentuk poster yang kreatif dan berinspirasi, sesuai dengan tema Hari Malaysia.
Aktiviti
Peserta diajar dalam menggunakan Aplikasi Canva, kemudian mengasah kemahiran reka bentuk grafik mereka, yang melibatkan pemilihan elemen visual, susunan teks, dan warna yang sesuai untuk mencipta poster yang menarik.
Tarikh : 28 September 2024 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 5 Orang |