Tarikh : 8, 22 & 27 April 2024 Masa : 2:30 Petang - 4:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Pengenalan Asas "Internet of Things". Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahun kepada peserta tentang Internet of Things dan Pengenalan Aplikasi Engineering.com. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan aplikasi engineering.com bagi untuk membuat aktiviti yang berkaitan dengan stem.
Aktiviti
Aplikasi Engineering.Com, peserta telah diperkenalkan dengan aplikasi ini dan mereka diajar untuk bermain beberapa kuiz yang berkaitan dengan STEM Dimana ianya juga dapat untuk menguji pemahaman mereka dalam bidang STEM. Pengenalan kepada “ Internets of Things ”, peserta telah diterangkan berkaitan dengan IoT dan kemudian mereka menonton video IoT untuk lebih faham.
Tarikh : 17 & 24 April 2024 Masa : 2:30 Petang - 4:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Kuiz pembelajaran dalam Talian (Google Form )
Kelas ini bertujuan untuk mengajak peserta menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik.
Typing Master
Kelas ini bertujuan untuk melihat ketangkasan pelajar dalam menaip dan melatih mereka untuk membiasakan diri dalam menaip.Kelas ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar aplikasi permainan atas talian yang boleh menguji minda mereka dan di samping mereka dapat menguji kefahaman mereka dalam Bahasa Inggeris.
Aktiviti
Peserta telah menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik dan berkesan untuk mereka.
Tarikh : 12 April 2024 Masa : 9:00 Pagi - 12:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar dalam membuat slide pembentangan kerja kursus yang menarik.
Aktiviti
Peserta telah diajar untuk membuat slide pembentangan untuk kerja kursus yang menarik supaya ianya nampak kemas dan boleh menarik perhatian pendengar.
Tarikh : 20 & 27 April 2024 Masa : 9:00 Pagi - 1:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedaha dan kesedaran kepada pengendali-pengendali makanan tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas secara dalam talian bersama tenaga pengajar terlatih dan mereka juga mengikuti beberapa penilaian kuiz untuk melayakkan pemahaman mereka.
Tarikh : 4,5 & 19 April 2024 Masa : 2:30 Petang - 4:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu warga emas yang mempunyai asas dalam menggunakan Microsoft Word cara untuk menaip dokumen seperti kertas kerja program, aturcara majlis dan sebagainya
Aktiviti
Peserta telah dapat membuat kertas kerja, aturcara majlis dan sebagainya mengikut format yang betul.