Tarikh : 20 Julai 2024 Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk membimbing peserta dalam proses mencipta dan menyusun resume yang profesional dan berkesan. Resume adalah dokumen penting dalam pencarian pekerjaan kerana ia memperkenalkan calon kepada majikan dalam memberikan gambaran ringkas mengenai kelayakan, pengalaman, dan kemahiran mereka.
Aktiviti :
Peserta telah diajar untuk menghasilkan resume mengikut format terkini. Seterusnya diajar bagaimana resume mereka boleh menyokong persediaan untuk temuduga dengan memberikan panduan tentang cara menjelaskan dan memperluas maklumat dalam resume semasa sesi temuduga.
Tarikh : 6 & 14 Julai 2024 Masa : 2:00 Pagi - 4:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Tujuan Kelas untuk memperkenalkan dan mengajar peserta cara bermain dan menyelesaikan teka-teki Sudoku melalui platform dalam talian. Sudoku adalah permainan teka-teki yang membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan logik. Selain itu, Kuiz Pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian diadakan adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu mereka dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Kuiz ini direka untuk menguji dan memperbaiki pemahaman pelajar terhadap bahasa Melayu dalam pelbagai aspek.
Aktiviti :
Peserta telah diajar untuk bermain Sudoku secara dalm talian, peserta dapat menguruskan masa mereka dengan baik semasa menyelesaikan teka-teki, kerana permainan ini memerlukan perancangan dan pemikiran yang berstrategi. Peserta telah diberikan kuiz pembelajaran Bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan Penjodoh Bilangan. Peserta telah diberikan masa untuk menyiapkannya.
Tarikh : 5 & 14 Julai 2024 Masa : 10:00 Pagi - 3:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan :
Youtube downloader ( Youtube to MP3 ) Tujuan kelas ini untuk adalah untuk mengajar pelajar cara menggunakan perisian dan alat digital untuk memuat turun dan menukar format fail, seperti menukar video YouTube kepada format MP3.
Canva ( Polaroid ) Tujuan kelas ini diadakan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran reka bentuk grafik asas menggunakan Canva, khususnya dalam mencipta gambar polaroid serta meningkatkan kreativiti mereka dan membolehkan mereka menghasilkan hasil kerja yang menarik secara visual.
Aktiviti :
Peserta telah diterangkan cara untuk memuat turun lagu-lagu daripada Yiu Tube. Kemudian mereka dia ajar untuk menukar daripada video ke MP3. Selain itu, peserta telah diajar cara untuk menggunakan Canva, seterusnya mereka telah diajar untuk menyusun gambar dalam dengan format polaroid.
Tarikh : 12 Julai 2024 Masa : 2:00 Pagi - 4:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan Kelas adalah untuk mengajar peserta cara-cara praktikal dalam membungkus produk bagi penghantaran melalui pos atau pengangkutan lain. Ini adalah kemahiran penting, terutamanya dalam perniagaan atas talian, di mana produk perlu dibungkus dengan baik untuk memastikan keadaan produk baik semasa proses penghantaran.
Aktiviti :
Peserta telah diterangkan bagaimana untuk mebungkus produk dengan betul untuk tujuan pengeposan. Perkara ini sangat penting kerana proses pengeposan ini menjamin sama ada barangay yang kita hantar akan datang dalam keadaan baik atau pun tidak kepada pembeli.
Tarikh : 6 & 24 Julai 2024 Masa : 10:00 Pagi - 4:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar menggunakan alat-alat asas dalam Microsoft Word seperti penyusunan teks, pengaturan margin, format teks, dan lain-lain yang berkaitan dengan penulisan laporan supaya dapat menghasilkan laporan yang betul.
Aktiviti
Peserta telah diajar untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul bagi menghasilkan laporan yang baik dan kemas.