Tarikh : 20 Julai 2024 Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk membimbing peserta dalam proses mencipta dan menyusun resume yang profesional dan berkesan. Resume adalah dokumen penting dalam pencarian pekerjaan kerana ia memperkenalkan calon kepada majikan dalam memberikan gambaran ringkas mengenai kelayakan, pengalaman, dan kemahiran mereka.
Aktiviti :
Peserta telah diajar untuk menghasilkan resume mengikut format terkini. Seterusnya diajar bagaimana resume mereka boleh menyokong persediaan untuk temuduga dengan memberikan panduan tentang cara menjelaskan dan memperluas maklumat dalam resume semasa sesi temuduga.