Tarikh : 20 Mei 2024

 Masa  : 9:00 Pagi - 12:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 4 Orang

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mengajak dan membantu usahawan dalam mempromosikan jualan mereka dan membantu untuk meningkatan hasil jualan para usahawan NADI Lundu. 

Aktiviti 

Peserta terlibat untuk menjual produk mereka di NADI Lundu, di samping untuk memperkenalkan barangan kepada komuniti di kawasan Lundu.

Gambar Disini 

Tarikh : 15 & 27 Mei 2024

 Masa  : 2:00 Petang - 3:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 4 Orang

Tujuan :

1) Pembentangan Slide, kelas ini bertujuan mengajar peserta cara untuk menyampaikan pembentangan yang baik.

2) Aktiviti Mewarna sempena Hari Gawai, kelas ini bertujuan untuk menimbulkan minat pelajar terhadap seni dan kreativiti, yang mungkin menjadi hobi mereka. 

Aktiviti 

1)Pembentangan Hasil Kerja : Kenali Saya. Peserta telah di ajar cara untuk membentang dengan menggunakan Microsoft Power Point bagi meningkatkan keyakinan diri mereka dalam membentang.

2)Mewarna Sempena Hari Gawai, Peserta telah diberikan kertas untuk mewarna sempena dengan Hari Gawai. 

Gambar Disini

Tarikh : 15 Mei 2024

 Masa  : 3:00 Petang - 5:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 2 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dalam menggunakan asas Microsoft Power Point. Mereka diberikan tugasan yang mudah iaitu membuat Biodata diri dalam bentuk slide pembentangan

Aktiviti 

Peserta telah diterangkan tentang Microsoft Power Point. Mereka telah diajar untuk membuat slide pembentangan berkaitan diri mereka. 

Gambar Disini

Tarikh : 18, 19 & 22 Mei 2024

 Masa  : 2:30 Petang - 4:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 7 Orang

Tujuan :

1) Kuiz pembelajaran dalam Talian (Google Form ) Kelas ini bertujuan untuk mengajak peserta menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik.

2) Colouring Online Kelas ini bertujuan untuk membuat aktiviti mewarna menggunakan Tablet NADI. Mereka diperkenalkan aplikasi mewarna online di samping menanam minat mereka dalam seni lukis dan mewarna.

3) Lets Explore VR Box Kelas ini bertujuan memperkenalkan VR Box kepada peserta. VR BOX menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan gambar dan video 3D yang menghidupkan subjek yang dipelajari.

 

Aktiviti 

1)Kuiz Google Form Peserta telah diajar untuk menjawab kuiz dan bermain permainan uji minda secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik dan berkesan untuk mereka.

2)Colouring Online Peserta telah diperkenalkan aplikasi untuk mewarna secara online, mereka telah dibekalkan tablet dan mewarna mengikut kreativiti mereka secara dalam talian.

3)Lets Explore VR Box Peserta telah diperkenalkan dengan VR Box. VR BOX menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan gambar dan video 3D yang menghidupkan subjek yang dipelajari.

Gambar Disini

Tarikh : 26 April 2024

 Masa  : 10:00 Petang - 4:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 1 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara dalam mengendali pembungkusan produk apabila mendapat tempahan daripada shopee supaya produk yang di pos akan datang dalam keadaan selamat.

 

Aktiviti 

Peserta diajar untuk menerima pesanan daripada Shopee dan seterusnya diajar untuk membungkus produk supaya ianya sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.

Gambar Disini