Tarikh : 11 & 23 Jun 2024 Masa : 3:00 Pagi - 4:30 Petang Lokasi : NADI Lundu Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Tracing Class bersama Lukesan.my, adalah bertujuan untuk belajar melukis Menggunakan Tablet diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mengajar peserta kemahiran melukis secara digital menggunakan tablet. Kelas ini sesuai untuk semua peringkat, dari pemula hingga yang berpengalaman, untuk mengembangkan kreativiti serta meningkatkan kemahiran teknikal dalam seni digital. Kelas Jigsaw Puzzle secara dalam talian diadakan adalah untuk menyediakan platform pembelajaran dan interaksi yang menyeronokkan sambil mengembangkan pelbagai kemahiran penting. Kelas ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan bertujuan untuk memperkenalkan dan menggalakkan minat terhadap aktiviti jigsaw puzzle. Manakala, tujuan Kuiz Pembelajaran Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan) secara dalam talian diadakan adalah untuk memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan peserta terhadap penggunaan penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. Penjodoh bilangan adalah elemen penting dalam pembentukan ayat yang tepat dan gramatis.
Aktiviti
Peserta telah diajar untuk Tracing muka mereka sendiri dengan menggunakan Tablet yang disediakan. Teknik melukis itu telah diajar secara mudah sahaja untuk membolehkan mereka mengikuti dengan lancar. Peserta telah diperkenalkan dengan jigsaw puzzle secara dalam talian, mereka telah diberikan masa untuk menyiapkan puzzle tersebut. Peserta telah diberikan kuiz pembelajaran Bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan Penjodoh Bilangan. Peserta telah diberikan masa untuk menyiapkan nya.