Tarikh : 11 & 23 Jun 2024

 Masa  : 3:00 Pagi - 4:30 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Tracing Class bersama Lukesan.my, adalah bertujuan untuk  belajar melukis Menggunakan Tablet diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mengajar peserta kemahiran melukis secara digital menggunakan tablet. Kelas ini sesuai untuk semua peringkat, dari pemula hingga yang berpengalaman, untuk mengembangkan kreativiti serta meningkatkan kemahiran teknikal dalam seni digital. Kelas Jigsaw Puzzle secara dalam talian diadakan adalah untuk menyediakan platform pembelajaran dan interaksi yang menyeronokkan sambil mengembangkan pelbagai kemahiran penting. Kelas ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan bertujuan untuk memperkenalkan dan menggalakkan minat terhadap aktiviti jigsaw puzzle. Manakala, tujuan Kuiz Pembelajaran Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan) secara dalam talian diadakan adalah untuk memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan peserta terhadap penggunaan penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. Penjodoh bilangan adalah elemen penting dalam pembentukan ayat yang tepat dan gramatis.

Aktiviti 

Peserta telah diajar untuk Tracing muka mereka sendiri dengan menggunakan Tablet yang disediakan. Teknik melukis itu telah diajar secara mudah sahaja untuk membolehkan mereka mengikuti dengan lancar. Peserta telah diperkenalkan dengan jigsaw puzzle secara dalam talian, mereka telah diberikan masa untuk menyiapkan puzzle tersebut. Peserta telah diberikan kuiz pembelajaran Bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan Penjodoh Bilangan. Peserta telah diberikan masa untuk menyiapkan nya.  

Gambar Disini

 

Tarikh : 11 Mei 2024

 Masa  : 9:00 Pagi - 1:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara dalam menghasilkan gelang manik yang cantik dengan menggunakan manik-manik yang mudah diperolehi serta mampu dijadikn produk perniagaan. 

Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuat gelang manik yang cantik dan kemas. 

Gambar Disini

Tarikh : 16 & 27 Mei 2024

 Masa  : 3:00 Petang - 4:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 7 Orang

Tujuan :

Aplikasi Engineering.com tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan aplikasi engineering.com bagi untuk membuat aktiviti yang berkaitan dengan stem.

Paper Plane tujuan kelas ini diadakan adalah membuat aktiviti STEM menghasilkan kapal terbang kertas dan membezakan teknik sebelum dan selepas ubahsuai dibuat. 

Aktiviti 

Peserta telah diperkenalkan dengan aplikasi ini dan mereka diajar untuk bermain beberapa kuiz yang berkaitan dengan STEM Dimana ianya juga dapat untuk menguji pemahaman mereka dalam bidang STEM. Selain itu, peserta telah diterangka tentang aktiviti paper plane, mereka telah membuat kapal terbang kertas mengikut kreativiti mereka, seterusnya kapal terbang kertas itu akan diuji untuk melihat jarak terbang kapal terbang kertas itu. 

Gambar Disini

Tarikh : 19 Mei 2024

 Masa  : 8:00 Pagi - 4:00 Petang

 Lokasi : Dewan Mahligai Lundu

 Peserta : 81 Orang

Tujuan :

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan juga para usahawan tentang kesedaran keselamatan siber. Selain itu juga mereka diterangkan dengan konsep Ai untuk perniagaan dan sebagainya yang seiring dengan masa kini. Program ini telah diadakan dengan Kerjasama UNIMAS dan PERKIM Lundu. 

Aktiviti 

Peserta yang mengikuti program ini dalam kalangan belia dan usahawan. Mereka telah diberikan taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak, Ai dan juga asas-asas untuk mempromosikan jualan secara dalam talian dan sebagainya.

Gambar Disini

 

Tarikh : 20 Mei 2024

 Masa  : 9:00 Pagi - 12:00 Petang

 Lokasi : NADI Lundu

 Peserta : 4 Orang

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mengajak dan membantu usahawan dalam mempromosikan jualan mereka dan membantu untuk meningkatan hasil jualan para usahawan NADI Lundu. 

Aktiviti 

Peserta terlibat untuk menjual produk mereka di NADI Lundu, di samping untuk memperkenalkan barangan kepada komuniti di kawasan Lundu.

Gambar Disini