Tarikh : 5 Jun 2018

 Masa  : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet Lundu

 Peserta : 15 Orang

Tujuan

Memperkenalkan para usahawan dengan program e-usahawan dan mengajar mereka cara pemasaran produk secara atas talian dengan modul e-usahawan daripada pihak MDEC.

 

Aktiviti

Peserta telah diajar teknik pemasaran dengan menggunakan laman sosial iaitu Facebook dan Instagram. Selain itu mereka juga telah diterangkan perkara penting seperti cabaran dan pengurusan kewangan dalam menjadi seorang usahawan berjaya.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh : 7 Mei 2018

 Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 26 Orang

Tujuan

Seramai 26 orang usahawan tempatan Lundu telah mengikuti program ini dan program ini adalah anjuran UNIMAS dengan kerjasama PI1M Lundu serta Centex Lundu. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perniagaan secara Online dengan menggunakan laman sosial kepada para peserta di samping untuk mencapai maltamat digital ekonomi.

Aktiviti 

Peserta telah diberikan pendedahan berkaitan perniagaan online, pemasaran secara betul,dan mereka telah diajar untuk membuat Facebook Page Perniagaan mereka sendiri bagi memudahkan mereka untuk memasarkan produk. Mereka juga telah diberikan pendedahan berkaitan keselamatan dalam menggunakan laman sosial dengan betul tanpa memberikan kesan negatif kepada diri mereka. 

Gambar Disini 

 Tarikh  : 2 Mei 2018

 Masa   : 3.00 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

Peserta : 7 Orang 

 

Tujuan

Seramai 7 orang peserta Sekolah Menengah telah mengikuti kelas ini dn antara kelas We Love English ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar yang bakal menduduki ujian SPM cara-cara untuk mereka menjawap karangan dengan Grammar yang betul. 

Aktiviti

Pelajar telah diberikan contoh soalan sebenar SPM dan mereka diminta untuk mencari seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan soalan dengan menggunakan online seterusnya meeka telah diuji seorang demi seorang untuk membentangkan hasil dapatan yang mereka perolehi. 

Gambar Disini

 

 

 

 Tarikh : 6 Mei 2018

 Masa  : 2.30 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Seramai 10 orang belia Lundu telah mengikuti kelas Adobe Illstrator ini dan kesemua mereka telah diajar cara asas penggunakan adobe tersebut dengan tujuan apabila mereka membuat editing ianya akan memudahkan mereka. 

Aktiviti

Peserta telah diajar asas penggunakan Adobe ini iaitu mengetahui short cut key dan sebagainya. Seterusnya mereka diarahkan untuk membuat kad atau logo mereka sendiri dengan menggunakan asas yang mereka telah pelajari mengikuti kreativiti masing-masing. 

Gambar Disini 

 Tarikh : 01 April 2018 

 Masa  : 2.30 Petang - 5.00 Petang

 Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu

 Peserta : 6 Orang 

 

Tujuan

Antara tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta berkaitan Adobe Illustrator. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan adalah mereka telah diajar asas-asas dalam menggunakan Adobe Illustrator dan diberi tugas untuk membuat satu logo.

 

Gambar Disini