Tarikh : 11 Februari 2018 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini telah disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Mereka telah diberikan pendedahan berkaitan penggunaan Microsoft Word dan mereka juga telah diajar untuk menggunakan kamus Bahasa inggeris secara atas talian.
Aktiviti
Setiap pelajar telah diarahkan untuk membuat jadual harian mereka dengan menggunakan ' Table ' di dalam Microsoft Word mengikut kreativiti mereka masing-masing. Selepas itu mereka telah diajar untuk menggunakan kamus Bahasa Inggeris Online dengan memberikan beberapa perkataan Bahasa Melayu dan ditukar ke dalam Bahasa Inggeris.
Tarikh : 10 Februari 2018 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta dan tujuan kelas ini adalah memfokuskan kepada penggunakan ' Table ' dalam Microsoft Word serta para peserta juga telah diuji dengan permainan uji minda untuk melihat kecekapan peserta dalam mencari maklumat secara online.
Aktiviti
Kesemua peserta telah diberikan tunjuk ajar dalam membuat ' Table' menggunakan Microsoft Word namun seterusnya mereka harus membuat jadual tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya mereka telah dibawa untuk bermain permainan uji minda dengan mencari jawapan yang terdapat dalam internet, siapa cepat dia menang.
Tarikh : 03 Februari 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas ini dan kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian. Sepanjang kelas berlansung mereka diarahkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja.
Aktiviti
Peserta telah diberikan tajuk tugasan dan mereka telah diarahkan untuk mencari maklumat melalui internet selepas itu maklumat yang diperolehi harus di diolah semuala ke dalam Micrsoft Word.
Tarikh : 27 Februari 2018 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 40 Orang |
Tujuan
Lawatan Yang Berhormat Datuk Amar Hajah Jamilah Binti Haji Anu ke Pusat Internet 1 Malaysia Lundu bertujuan untuk mengetahui apa sebenarnya perkhidmatan yang diberikan dan disediakan oleh PI1M dan beliau juga membuat sesi dialog bersama dengan usahawan-usahawan.
Aktiviti
Pengurus PI1M Lundu, Siti Amirah Binti Mohamad Pauzi telah membuat pebentangan berkaitan Pusat Internet 1 Malaysia kemudian Yang Berhormat telah membuat sesi dialog bersama dengan para ushawan-usahawan yang hadir.
Tarikh : 02 Februari 2018 Masa : 2.30 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Seramai 10 orang peserta telah menyertai kelas Dashboard Komuniti ini dan tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memperkenalkan dan mengajar para peserta berkaitan My Komuniti.
Aktiviti
Peserta telah diajar bagaimana untuk akses ke Dashboard Komuniti dan membuka My Komuniti. Mereka telah diajar bagaimana untuk membuat hebahan dengan menggunakan My Komuniti.