Tarikh : 22 Julai 2018 Masa : 7.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari Lokasi : Townsquare Lundu Peserta : 20 Orang Ahli PI Lundu |
Tujuan
Seramai 20 orang ahli PI Lundu telah mewakil PI Lundu untuk program Hari Sarawak Peringkat Daerah Lundu dan tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta terutama nya para belia dan pelajar sekolah.
Aktiviti
Peserta telah mengikuti senam sihat bertemakan Hari Sarawak, mengikuti perarakan di Pekan Lundu dan mendengar ceramah-ceramah daripada agensi kerajaan yang ada.
Tarikh : 12 Julai 2018 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Seramai 3 orang peserta warga emas telah menyertai kelas ini dan mereka telah diajar untuk membuat jadual menggunakan Microsoft Word dan mereka juga telah belajar untuk membuat graf atau carta pai.
Aktiviti
Peserta telah diajar untuk membuat jadual aktiviti dan seterusnya mereka ingin belajar untuk membuat graf atau carta pai. Selain itu mereka juga diperkenalkan dengan Google Maps dan diajar cara untuk menggunakan nya.
Tarikh : 23 Jun 2018 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kepada para peserta berkaitan aplikasi Quiver Vision 3D iaitu aplikasi mewarna dan hasil kerja kita dapat dilihat dalam bentuk 3D
Aktiviti
Peserta diarahkan untuk mewarna lukisan yang telah dicetak daripda aplikasi tersebut, kemudian mereka menggunakan aplikasi 3D tersebut untuk mengerakkan kartun yang telah diwarna tadi
Tarikh : 6 Julai 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Untuk mengajar para peserta membuat "Kad Hari Jadi" dengan menggunakan Microsoft Power Point dan dalam masa yang sama mereka telah belajar cara untuk mengambil atau "save" gambar daripada Google untuk dimasukkan ke dalam kad.
Aktiviti
Peserta telah diarahkan untuk membuat Kad Hari Jadi dan mereka telah membuat kad mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh : 7 Jun 2018 Masa : 9.00 Pagi - 7.30 Malam Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 40 Orang |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan sepanjang program ini berlansung, mereka telah diberikan pendedahan dan kesedaran berkaitan bulan Ramadhan.
Aktiviti
Peserta membuat aktiviti secara berkumpulan untuk meligat kerjasama antara mereka. Selain itu mereka juga membuat bacaan AL-Quran selama 1 Jam dan banyak lagi pengisian-pengisian yang berkaitan dengan bulan Ramadhan telah disongsikan bersama.