Tarikh : 12 Januari 2019 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Untuk menerangkan dan mengajar para pelajar bermain online jigsaw puzzle dengan hanya menggunakan aplikasi yang ada di dalam internet.
Aktiviti
Petugas telah diberikan penerangan tentang puzzle dan cara bermain puzzle. Seterusnya mereka diarahkan untuk membuka aplikasi puzzle online dan memilih puzzle yang mereka mahu. Mereka diberikan masa untuk mencuba membuat puzzle online tersebut.
Tarikh : 11 Januari 2019 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Untuk menerangkan dan memperkenalkan para pelajar bagaimana menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat jadual harian mereka.
Aktiviti
Petugas telah diajar untuk membuat jadual dan jadual tersebut perlu diisi dengan jadual harian mereka. Seterusnya mereka diarahkan untuk membentang jadual yang telah mereka hasilkan.
Tarikh : 11 Disember 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Mengajar para pelajar cara untuk membuat props yang selalu digunakan semasa majlis dan sebagainya di bahagian photo booth.
Aktiviti
Peserta di bahagi dalam kumpulan dan mereka diajar cara untuk mengambil gambar yang ada di internet. Seterusnya mereka mengolah gambar dengan aplikasi yang ada di dalam internet dan juga menggunakan Microsoft Word atau Powerpoint.Gambar yang diolah di cetak dan seterusnya mereka belajar bagaimana cara untuk laminate.
Tarikh : 16 Disember 2018 Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Untuk menerangkan dan memperkenalkan beberapa modul baharu untuk Klik Dengan Bijak dan sekaligus memberi penerangan tentang modul Klik Dengan Bijak yang sedia ada.
Aktiviti
Petugas telah diberikan penerangan tentang modul KDB untuk persediaan 2019 dan membincangkan soalan-soalan yang akan diberikan kepada peserta KDB 2019.
Tarikh : 10 Disember 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Mengajar para pelajar untuk membuat gambar passport sendiri.
Aktiviti
Peserta dibahagikan dalam kumpulan dan mereka telah diajar cara untuk mengambil gambar passport.Seterusnya mereka membuat gambar passport sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di dalam Internet dan juga Microsoft Office Word atau Powerpoint.