Tujuan

Untuk memperkenalkan asas komputer dan jenis-jenis komputer kepada para pelajar supaya mereka lebih mengenali fungsi komputer itu dicipta.

Aktiviti

Pelajar telah diberi penerangan tentang pengenalan komputer. Mereka telah dibahagikan ke dalam kumpulan dan diberikan tugasan untuk melihat sama ada mereka faham atau tidak tentang penerangan yang telah diberikan.

 

Tujuan

Untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet yang betul kepada para pelajar supaya tidak menjadi mangsa penipuan internet yang sering berlaku sekarang.

Aktiviti

Pelajar dapat mengetahui modus operandi yang sering digunakan oleh scammer untuk menipu.Pelajar akan lebih berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya laman sosial.

 

Tujuan

Untuk menerangkan dan mengajar para pelajar bagaimana menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat poster aktiviti ataupun poster untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya.

 

Aktiviti

Peserta telah diajar untuk membuat poster menggunakan Microsoft Powerpoint mengikut tema dan pilihan mereka sendiri.

Tujuan

Untuk memperkenalkan Pusat Internet Lundu sebagai tempat rujukan komuniti sihat.Selain itu,dapat mengeratkan kerjasama dengan komuniti, agensi dan NGO untuk mewujudkan Komuniti Sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.

Aktiviti

Pengunjung yang hadir dapat mengikut aktiviti-aktiviti yang ada dipertandingkan untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut .

Tujuan

Untuk menerangkan dan mengajar para pelajar bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual sifir. Di samping itu,mereka diajar cara mudah untuk mengingati sifir.

Aktiviti

Petugas telah diuji dengan sifir dan diajar cara mudah mengingati sifir. Peserta telah diarahkan untuk membuat jadual sifir mereka sendiri menggunakan Microsoft Word.