Tarikh : 06,07,08 Mac 2019 Masa : 09.00 Pagi - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 18 Orang |
Tujuan
Untuk mengajar peserta asas dalam membuat Resume mereka sendiri dalam persediaan selepas tamat pengajian bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan.
Aktiviti
Peserta telah diajar membuat Resume menggunakan Microsoft Powerpoint dan membuat layout resume moden yang banyak digunakan sekarang.
Tarikh : 04 Februari 2019 Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 42 Orang |
Tujuan
Untuk memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada para komuniti Kampung Biawak.
Aktiviti
Peserta telah diperkenalkan dengan Aplikasi Dashboard Komuniti dan mereka juga telah diterangkan berkaitan modul-modul yang ada dalam Dashboard Komuniti.
Tarikh : 13 Februari 2019 Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Untuk membantu para usahawan untuk membuat label produk mereka menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Peserta telah memperkenalkan produk mereka masing-masing dan mengenalpasti keistimewaan produk mereka.Seterusnya mereka di ajar untuk menggunakan Canva dan membuat label produk mereka sendiri. Label yang telah siap dan sesuai akan dicetak dan mereka diajar cara untuk menampal label tersebut supaya nampak cantik,kemas dan menarik perhatian.
Tarikh : 15 Februari 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Untuk memberikan kesedaran tentang penggunaan internet yang betul kepada para pelajar supaya tidak menjadi mangsa penipuan internet yang sering berlaku sekarang.
Aktiviti
Pelajar telah diberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan sesi soal jawab.
Tarikh : 12 Februari 2019 Masa : 8.00 Pagi - 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kepada para usahawan perkara berkaitan pembungkusan dan perlabelan produk kerana ia merupakan sesuatu yang penting untuk mempromosikan produk mereka.
Aktiviti
Peserta telah diberi keterangan berkaitan pembungkusan dan perlabelan produk oleh Dr Nadianatra dan juga Dr Dayang Hanani daripada UNIMAS.Peserta juga diajar cara mengambil gambar produk dengan betul dan mereka sendiri telah diberikan tugasan untuk mengambil gambar produk masing-masing.Peserta juga diterangkan cara-cara memeriksa kandungan makanan yang ada pada produk mereka di MARDI.