Tarikh : 12 Februari 2019 Masa : 8.00 Pagi - 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kepada para usahawan perkara berkaitan pembungkusan dan perlabelan produk kerana ia merupakan sesuatu yang penting untuk mempromosikan produk mereka.
Aktiviti
Peserta telah diberi keterangan berkaitan pembungkusan dan perlabelan produk oleh Dr Nadianatra dan juga Dr Dayang Hanani daripada UNIMAS.Peserta juga diajar cara mengambil gambar produk dengan betul dan mereka sendiri telah diberikan tugasan untuk mengambil gambar produk masing-masing.Peserta juga diterangkan cara-cara memeriksa kandungan makanan yang ada pada produk mereka di MARDI.