Tarikh : 19 Julai 2019 Masa : 9.00 - 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk mengulang kaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan aplikasi pembelajaran.
Aktiviti
Peserta telah mengulangkaji dan bermainan permainan pembelajaran menggunakan aplikasi pembelajaran yang ada di dalam internet. Mereka juga turut membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama rakan yang turut mengikuti kelas.
Tarikh : 19 Julai 2019 Masa : 2.00 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan Microsoft Power Point untuk menaip atau membuat resepi.
Aktiviti
Peserta telah diajar asas menggunakan Microsoft Power Point.Seterusya mereka diarahkan untuk menaip resepi yang ada di dalam Google mengikuti kreativiti mereka sendiri.Setelah siap, mereka mestilah membentangkan resepi yang telah mereka buat untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Tarikh : 7 Julai 2019 Masa : 8.00 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Peserta telah diberi penerangan berkaitan resume kemudian mereka telah diajar cara untuk membuat resume menggunakan templet daripada aplikasi Canva.
Aktiviti
Peserta telah diterangkan berkaitan dengan resume. Seterusnya mereka diajar untuk menggunakan aplikasi canva untuk membuat resume mereka sendiri kerana banyak templet yang mereka boleh pilih di aplikasi Canva.
Tarikh : 12 Julai 2019 Masa : 2.00 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 28 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan adalah untuk menyokong permintaan komuniti ibu bapa di Lundu untuk kempen kurangkan pengguna gadget dalam kalangan anak-anak mereka dengan bermain Beyblade.
Aktiviti
Peserta telah diberi penerangan berkaitan syarat-syarat permainan dan diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak, seterusya mereka bertanding.
Tarikh : 16,21,26 & 30 Jun 2019 Masa : 3.30 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 40 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan kepada para pelajar berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka sentiasa menggunakan Internet dengann betul dan tidak menjadi mangsa jenayah siber. Selain itu, mereka juga diterangkan berkaitan Check Your Label supaya mereka tidak ditipu semasa membeli peralatan komunikasi dan bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Aktiviti
Pelajar telah diberikan taklimat dan tayangan berkaitan dengan Klik dengan Bijak iaitu Buli Siber, Penipuan Kewangan, Scammer dan sebagainya supaya mereka sentiasa behati-hati ketika mlayari internet.Pelajar telah diberi taklimat berkaitan Check Your Label untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah.