Tujuan

Tujuan kelas ini di adakan adalah untuk memperkenalkan beberapa Permainan Pendidikan kepada peserta. Fokus utama kelas kali ini lebih kepada Matematik dan Asas Menaip dan dalam masa yang sama peserta dapat menguji kefahaman mereka dalam Matematik dan Asas Menaip.   

Aktiviti

Peserta telah diarahkan untuk membuka aplikasi pembelajaran yang diarahkan dan mereka telah diuji dengan beberapa kuiz atau permainan yang mereka layari. Dengan cara pembelajaran seperti ini, peserta tidak bosan dan sentiasa bersemangat untuk bersaing sesama mereka

Tujuan

 

Mempromosikan dan memberi maklumat tentang Pusat Internet Lundu kepada komuniti di sekitar daerah Lundu.Menambah bilangan ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet Lundu.Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti dengan petugas Pusat Internet.   

Aktiviti

Aktiviti-aktiviti Hari Bersama Komuniti PI Lundu seperti Pertandingan Mewarna Dewasa,Pertandingan Menganyam Ketupat Riben,Pertandingan Mengarang Artikel “Kepentingan Internet Kepada Masyarakat” ,Kahoot Games “Dashboard Komuniti” , Pertandingan My Shop ( Upload Produk ) dan lain-lain.

 

 

  

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan e-pembelajaran permainan teka-teki secara online kepada para pelajar.  

Aktiviti

Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan.Pelajar membuka web aplikasi pembelajaran bagi permainan interaktif teka teki.Petugas telah memberikan soalan-soalan teka teki kepada pelajar dan mereka harus meneka dengan betul berdasarkan soalan yang diberikan di dalam web tersebut. 

Gambar Disini

Tujuan

Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi Photoscape dan mereka telah diterangkan berkaitan cara untuk menggunakan aplikasi tersebut.   

Aktiviti

Pelajar diterangkan cara untuk menggunakan Photoscape.Seterusnya mereka mencuba untuk menyunting imej dengan Photoscape.  

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan membuat ulang kaji subjek Bahasa Inggeris kepada pelajar.  

Aktiviti

Pelajar dibawa untuk mengulang kaji pembelajaran bahasa Inggeris dengan soalan-soalan yang telah dibuat oleh petugas dan dilakukan dengan aplikasi kahoot supaya mereka dapat belajar dengan seronok dan mampu untuk menarik perhatian pelajar.Pelajar juga ditayangkan dengan video daripada You Tube berkaitan dengan Grammar dan sebagainya. 

Gambar Disini