Tarikh : 16,21,26 & 30 Jun 2019 Masa : 3.30 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Lundu Peserta : 40 Orang |
Tujuan
Memberi penerangan kepada para pelajar berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka sentiasa menggunakan Internet dengann betul dan tidak menjadi mangsa jenayah siber. Selain itu, mereka juga diterangkan berkaitan Check Your Label supaya mereka tidak ditipu semasa membeli peralatan komunikasi dan bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Aktiviti
Pelajar telah diberikan taklimat dan tayangan berkaitan dengan Klik dengan Bijak iaitu Buli Siber, Penipuan Kewangan, Scammer dan sebagainya supaya mereka sentiasa behati-hati ketika mlayari internet.Pelajar telah diberi taklimat berkaitan Check Your Label untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah.