Tarikh : 26 Januari 2018 Masa : 2.30 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas ini dan mereka kesemua terdiri daripada pelaja SMK Lundu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta Bahasa Iggeris dan memberikan pendedahan penggunaan email dalam pembelajaran
Aktiviti
Peserta telah diarahkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dan kelas ini mereka telah diarahkan untuk membuat perkara yang berkaitan dengan minat mereka namun hanya menggunakan Microsoft Word. Selepas itu mereka disuruh menghantar tugasan menggunakan email supaya mereka sentiasa dilatih dan dibiasakan untuk membuat kerja melalui email sahaja tanpa kertas.
Tarikh : 19 Januari 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Seramai 9 Orang Peserta telah menyertai kelas membuat Surat Rasmi dan Karangan ini. Tujuan nya adalah untuk menunjukkan cara kepada para perserta bagaimana untuk menaip surat kiriman rasmi mengikut format yang betul dan cara untuk membuat karagan yang betul dengan mengambil maklumat daripada Internet.
Aktiviti
Peserta telah diajar bagaimana untuk membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Seterusnya mereka telah diarahkan oleh petugas untuk menaip surat rasmi mengikut langkag-langkah yang betul. Peserta juga telah diajar utuk mengambil maklumat daripada internet namun mereka harus mengolah semula ayat tersebut menjadi ayat mereka sendiri kerana petugas tidak mahu membiasakan peserta dengan plagarism.
Tarikh : 12 Januari 2018 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 17 Orang |
Tujuan :
Menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang membuat video.
Aktiviti
Para pelajar diajar asas cara mengambil dan membuat video berdasarkan modul Skrip To Screen yang diberikan oleh pihak SKMM . Bengkel ini diadakan untuk menarik minat pelajar sekaligus mencungkil bakat para pelajar yang ada
Tarikh : 13 Januari 2018 Masa : 8.30 Pagi - 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 17 Orang |
Tujuan
Seramai 17 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta berkaitan teknik yang betul dalam asas videografi dan cara untuk menghasilkan video yang betul dan menarik.
Aktiviti
Para peserta diajar asas untuk mengambil dan membuat video berdasarkan modul Skrip To Screen yang diberikan oleh pihak SKMM. Para peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka telah diberikan satu tajuk iaitu mengenai Pusat Internet 1 Malaysia. Bengkel ini juga sekaligus menarik minat dan mencungkil bakat para pelajar dalam membuat video.
Tarikh : 22 Disember 2017 Masa : 8:00 Pagi - 1:00 Tengahari Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 10 Orang
|
Tujuan
Menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Para pelajar diberikan satu tajuk iaitu membuat poster mengenai PEDi Lundu dan dibuat untuk pertandingan. Di samping itu juga dapat menarik minat kepada pelajar untuk membuat poster.