Tarikh    : 17 September 2017  

Masa     :  9.00 am – 12.00 pm ( Slot 1 )

               2.00 pm – 6.00 pm ( Slot 2 )  

Lokasi   :  PEDi Lundu

Peserta :  14 Peserta

 

Tujuan

Peserta yang hadir pada kelas Microsoft Word ini terdiri daripada 14 orang daripada sekolah-sekolah rendah sekitar pekan Lundu. Dalam kelas kali ini peserta telah didedahkan dengan asas pengunaan Microsoft Word 2010 dan pada masa yang sama mereka juga belajar menaip. 

Aktiviti 

Setiap peserta menggunakan PC yang ada di bilik latihan, mereka telah belajar bagaimana untuk membuka dan mengunakan Microsoft Word. Petugas telah menerangkan kepada mereka asas Microsoft Word berdasarkan modul yang disediakan oleh petugas. Mereka juga telah diberikan tugasan untuk membuat biodata mereka sendiri dengan menggunakan Microsoft Word. 

 Gambar Disini

Tarikh    : 15 September 2017

Masa     :  2.00 petang – 6.00 petang

Lokasi   :  PEDi Lundu

Peserta :  10 Orang

Tujuan 

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar sekolah. Petugas memperkenalkan kepada para peserta tentang dashboard komuniti dan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan My Komuniti. 

Aktiviti 

Setiap peserta telah menggunakan kemudahan PC di dalam bilik latihan dan kesemua mereka telah mempunyai dashboard komuniti, setiap mereka telah belajar bagaimana untuk membuat pengumuman di dalam MyKomuniti dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta. 

 Gambar Disini

PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN 

 Tarikh    : 30 Ogos 2017

 Masa     : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

 Lokasi   : PEDi Lundu

 Peserta : 24 Orang 

 Tujuan

 - Meningkatkan lagi semangat cintakan akan negara dalam kalangan peserta.

 - Menambahkn ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah negara.

 - Merapatkan hubungan antara komuniti dan petugas PEDi

 - Membantu untuk mempromosikan PEDi. 

 

 

 Tarikh    : 8 September 2017

 Masa     : 2.00 Petang - 6.00 Petang

 Lokasi   : PEDi Lundu

 Peserta : 9 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebansaan Lundu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan asas berkaitan Micrsoft Word dan cara menggunakan Microsoft Word. Pada masa yang sama mereka mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari untuk membuat kerja sekolah mereka. 

 Aktiviti

Peserta telah belajar dengan mengunakan modul yang telah disediakan oleh Petugas PEDi dan setiap mereka menggunakan komputer di bilik latihan PEDi. Seterusnya mereka juga diberikan latihan asas untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka terhadap apa yang telah diajar. 

GAMBAR DISINI