Tarikh : 7 Mei 2018 Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Lundu Peserta : 26 Orang |
Tujuan
Seramai 26 orang usahawan tempatan Lundu telah mengikuti program ini dan program ini adalah anjuran UNIMAS dengan kerjasama PI1M Lundu serta Centex Lundu. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perniagaan secara Online dengan menggunakan laman sosial kepada para peserta di samping untuk mencapai maltamat digital ekonomi.
Aktiviti
Peserta telah diberikan pendedahan berkaitan perniagaan online, pemasaran secara betul,dan mereka telah diajar untuk membuat Facebook Page Perniagaan mereka sendiri bagi memudahkan mereka untuk memasarkan produk. Mereka juga telah diberikan pendedahan berkaitan keselamatan dalam menggunakan laman sosial dengan betul tanpa memberikan kesan negatif kepada diri mereka.