Tarikh : 7, 8 & 24 Ogos 2023

 Masa  : 10:30 Pagi - 12:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Softskills Learning - Pengurusan Sumber Manusia ( Topik 2 ), Resume Writing & Pengurusan Kewangan Peribadi ( Topik 2 ). Kelas ini bertujuan untuk membantu kita cara-cara untuk mengurus kewangan peribadi kita tanpa membebankan diri kita dengan masalah kewangan pada masa ekonomi yang sangat mencabar ini. Selain itu, tujuan adanya kelas Resume Writing, dapat membantu komuniti terutama belia untuk membuat Resume yang betul bagi mencari pekerjaan. Di samping itu, Pengurusan Sumber Manusia ( Topik 2 ) Kelas kali ini bertujuan berkaitan dengan pengurusan-pengurusan cuti dalam sesebuah organisasi dan ianya semua berkait dengan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi itu. 

Aktiviti

Peserta mendapat perkongsian Ilmu dalam mengurus kewangan peribadi secara berhemah tanpa membebankan seseorang individu itu. Di samping itu, perkongsian Ilmu cara terbaik untuk menghasilkan resume yang terbaik. Perkongsian ilmu cara dalam pengurusan organisasi dan topik kali ini berkaitan dengan cuti yang boleh diberikan untuk pekerja mengikuti akta pekerja yang betul. Kelas ini diadakan secara atas talian.

Gambar Disini

 

Tarikh : 27 Ogos 2023

 Masa  : 4:30 Petang - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 2 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajak pelajar membuat kuiz dengan aplikasi Booklet dimana ianya salah satu aplikasi pendidikan yang menarik. 

 

Aktiviti

Pelajar mengikuti kuiz Pendidikan di aplikasi Booklet. Mereka juga dapat mempelajari sesuatu benda yang baru.

Gambar Disini

Tarikh : 10, 9, 29 Ogos 2023

 Masa  : 10:30 Pagi - 12:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 4 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan membantu usahawan Wanita memohon geran berupa barangan perniagaan dan ianya perlu diisi di Google Form. Selain itu, Kelas Smart Farming bertujuan untuk memberi tips dan ilmu dalam pertanian moden yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi dan cepat berbanding bertani secara tradisional, di samping boleh menjimatkan tenaga pekerja. Akhir sekali, topik mengenai mindset usahawan bertujuan untuk membuka minda para usahawan dan juga bakal-bakal usahawan bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Aktiviti

Antara aktiviti dijalankan sepanjang bulan ogos 2023 ialah mengisi borang online Google Form iaitu Borang Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak. Peserta menyediakan dokumen yang diperlukan dan mereka mengisi Google Form itu dengan bantuan petugas. Selain itu, Kelas online mengenai Smart Farming dan juga Modul Asas Keusahawanan Mindset usahawan. Topik smart farming, peserta diajar ilmu berkaitan dengan pertanian moden dan sesuai dilakukan pada masa kini dan kelas diadakan seacra dalam talian. Di samping itu, topik mengenai mindset usahawan ada banyak perkongsian seorang usahawan berjaya untuk mengubah mindset usahawan di komuniti PEDi. 

Gambar Disini

Tarikh : 8 & 27 Ogos 2023

 Masa  : 2:00 Petang - 4:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 7 Orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan menerangkan kepada para pelajar berkaitan Pengenalan kepada IoT dan kepentingan IoT dalam melakukan aktiviti seharian. Selain itu, kelas ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar antara aktiviti dalam pembelaaran IoT ialah membuat tangan robotik seterusnya mereka membuat aktiviti origami. 

 

Aktiviti

Antara aktiviti Stem-Iot dijalankan sepanjang bulan ogos 2023 ialah Pengenalan kepada Iot, membuat tangan robotik dan membuat aktiviti origami. Mereka juga Menonton Video membuat tangan robotik dans seterusnya mereka membuat Origami.

Gambar Disini

Tarikh : 29 Julai 2023

 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang       

 Lokasi  : PEDi Lundu 

 Peserta : 1 Orang

Tujuan :

Kelas Asas Microsoft Word ini mengajar pelajar cara untuk menggunakan Microsoft Word dalam membuat Rancangan Mengajar bagi guru ganti. Ianya juga mampu untuk membantu menyelesaikan tugas dengan lebih mudah.

Aktiviti

Peserta di ajar cara untuk membuat RPH menggunakan Microsoft Word. RPH yang dihasilkan adalah yang besesuaian, mengikut format yang betul dan seterusnya mengajar peserta untuk Save RPH ke dalam format PDF.

Gambar Disini