Tarikh : 12, 13 & 21 September 2023 Masa : 10:30 Pagi - 12:00 Tengahari Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Antara kelas yang dijalan sepanjang bulan september 2023, Pengurusan kewangan peribadi ( Takaful ), Resume Writing & Business Etiquette and Personal Grooming. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan insuran takaful kepada peserta dalam mengurus kewangan peribadi. Resume Writing, kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan sesuatu resume yang menarik dan mampu untuk menarik minat majikan mengambil mereka bekerja. Business Etiquette and Personal Grooming, kelas kali ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam tips penampilan diri terutama dalam pemilihan warna baju dan sebagainya.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah, peserta mengetahui maklumat tentang kebaikan takaful. Resume Writing, peserta mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan resume yang terbaik. Business Etiquette and Personal Grooming, peserta mengetahui cara yang betul dalam menjaga penampilan diri Ketika ke pejabat dan sebagainya.
Tarikh : 19, 20 & 27 September 2023 Masa : 10:30 Pagi - 12:00 Tengahari Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Antara kelas dijalankan ialah Pengurusan Kewangan perniagaan, Smart Farming dan Pengurusan Sumber Manusia. kelas ini bertujuan untuk membuat aliran tunai kewangan dengan kaedah lansung. Selain itu, Kelas Smart Farming bertujuan untuk memberik tips dan ilmu dalam pertanian moden yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi dan cepat berbanding bertani secara tradisional, di samping boleh menjimatkan tenaga pekerja. Kelas Pengurusan Sumber Manusia, kelas kali ini memberi penerangan tentang Latihan Pekerja dan menerangkan bagaimana sesuatu Latihan itu dibuat sehingga tidak memberikan kerugian kepada Syarikat.
Aktiviti
Antara aktiviti kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan, peserta diajar untuk membuat aliran tunai kewangan dengan kaedah lansung bagi memudahkan aliran kewangan perniagaan. Selain itu, Kelas Smart Farming peserta diberi tips dan ilmu dalam pertanian moden yang boleh memberikan keuntungan yang tinggi dan cepat berbanding bertani secara tradisional, di samping boleh menjimatkan tenaga pekerja. Akhir sekali, kelas Pengurusan Sumber Manusia, peserta mendengar penerangan tentang Latihan Pekerja dan menerangkan bagaimana sesuatu Latihan itu dibuat sehingga tidak memberikan kerugian kepada Syarikat.
Tarikh : 22 September 2023 Masa : 2:30 Petang - 4:30 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan DIY 3D Hologram dalam kalangan peserta dan mereka boleh melihat sendiri bagaimana 3D Hologram itu berfungsi.
Aktiviti
Peserta telah ditunjukkan dengan video membuat DIY 3D Hologram. Selain itu, peserta juga membuat 3D Hologram sendiri dan melihat bagaimana ianya berfungsi.
Tarikh : 1, 7 & 25 September 2023 Masa : 2:00 Petang - 4:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan slide perbentangan dalam Microsot Power-point. Selain itu juga kelas in membantu peserta yang ini belajar cara untuk membuat asas plan kedudukan tempat menggunakan Microsoft Word. Kelas asas ICT juga didedahkan kepada peserta dalam pencarian maklumat di aplikasi Google (Kelas Asas ICT).
Aktiviti
Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Power Point dan membuat Slide perbentangan dengan tunjuk ajar petugas. Peserta telah di beri penerangan oleh petugas tentang penggunaan Microsoft Word dalam asas untuk membuat Plan Kedudukan tempat dan peserta telah mencuba membuat Plan sendiri dengan tunjuk ajar petugas. Akhir sekali, peserta juga diajar dalam pencarian maklumat melalui aplikasi Google. Mereka telah diberi penerangan tentang apa yang boleh kita cari maklumat di Google dan diberi tajuk oleh petugas untuk mencari maklumat yang berkaitan.
Tarikh : 7, 8 & 24 Ogos 2023 Masa : 2:30 Petang - 4:30 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksana sempena bulan kemerdekaan, pelajar di arah untuk menbuat carian lagu-lagu patriotik yang ada di dalam aplikasi You Tube, disamping menyemai semangat patriotik dalam kalangan mereka.
Aktiviti
Pelajar membuat carian lagu patriotik sebanyak yang mungkin dan yang mereka tahu di aplikasi You Tube.