Tarikh : 11 Mei 2023 Masa : 2:00 Petang - 5:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Kelas pengurusan e-Perolehan adalah membantu mengajar usahawan yang mempunyai EP cara untuk mengurus EP mereka sekiranya mempunyai pembukaan tender, cara untuk memohon tender, untuk mengurus invois melalui EP dan sebagainya.
Aktiviti :
Usahawan dapat mempelajari perkara yang berkaitan dengan EP dan mereka juga dapat menggunakan EP dengan sebaiknya untuk memperolehi tender.
Tarikh : 10 Mei 2023 Masa : 2:00 Petang - 4:30 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Peserta belajar membuat Kad Digital menggunakan aplikasi Canva bagi Kad Hari Guru & Hari Gawai untuk di kongsi di Laman sosial dan sebagainya..
Aktiviti :
Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi Canva dan mereka juga membuat Kad Digital yang bertemakan Hari Guru dan Hari Gawai utuk diberikan kepada guru dan juga rakan-rakan mereka yang meraikannya.
Tarikh : 31 Mac 2023 Masa : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Kelas ini mengajar peserta cara untuk menaip surat rasmi mengikut format yang betul dan melatih mereka untuk menaip surat sendiri.
Aktiviti
Peserta menaip surat rasmi mengikut format yang betul.
Tarikh : 13 April 2023 Masa : 9:30 Pagi - 10:30 Pagi Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 1 Orang |
Tujuan :
Kelas ini mengajar peserta untuk membungkus parcel sendiri dengan baik dan kemas. Selain itu peserta juga diajar untuk mengendalikan aplikasi shopee dengan baik, sekiranya mendapat “order” melalui shopee. Oleh hal demikian, peserta akan tidak ada masalah untuk membungkus dan menghantar pesanan pelanggan.
Aktiviti :
Kelas ini dapat memberikan pendedahan kepada usahawan lain berkaitan e-commerce terutamanya memulakan perniagaan dengan Shopee. Peserta telah belajar cara-cara mengemaskini kedai di shopee.
Tarikh : 25 Mac 2023 Masa : 9:30 Pagi - 1:30 Petang Lokasi : PEDi Lundu Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Program Celik IT dan Asas Keusahawanan adalah untuk menerangkan asa-asas dalam bidang perniagaan kepada para belia dan juga usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan supaya ianya sedik sebanyak membantu mereka dalam membuat persediaan sebagai usahawan yang baru. Selain itu mereka juga diajar untuk menaip surat rasmi dengan mengikut format yang betul.
Aktiviti :
Usahawan baru belajar aspek-aspek penting untuk menjadi seorang peniaga. Usahawan mengikuti aktiviti brainstorming Bersama Rakan Digital