Tarikh : 8 Oktober2023

 Masa  : 9:30 Pagi - 11:30 Pagi     

 Lokasi : PEDi Lundu

 Peserta : 7 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar usahawan tatacara bagi memohon sijil HOME BASED FOOD bagi produk mereka. 

Aktiviti 

Peserta telah diberikan penerangan tatacara bagi memohon sijil HOME BASED FOOD bagi produk mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh : 7 Oktober2023

 Masa  : 9:00 Pagi - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu

 Peserta : 6 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk membuat hiasan pada skirt / selampai menggunakan siput yang dipanggil buri untuk menaikkan seri pada skirt/selampai itu.

Aktiviti 

Peserta telah diperkenalkan dengan siput kecil yang dipanggil buri dan peserta juga diajar cara untuk memasang buri pada skirt atau selampai.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Oktober2023

 Masa  : 9:30 Pagi - 3:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Kg.Pandan

 Peserta : 9 Orang

Tujuan :

Antara kelas dijalankan ialah Kelas Asas ICT iaitu, Microsoft Word, Power-point & Excel. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul (Microsoft Word). Bagi kelas Excel pula adalah untuk mengajar peserta membuat Penyata Kewangan menggunakan Excel bagi memudahkan peserta membuat kiraan. Kelas Power-point bertujuan untuk mengajar peserta membuat slide perbentangan dengan mudah, menggunakan template yang sedia ada. 

 

Aktiviti 

Microsoft Office ( Word ), Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Word dan peserta membuat Surat Rasmi mengikut format yang betul. Microsoft office ( Excel ) Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Excel dan peserta telah diajar untuk membuat Penyata Kewangan menggunakan excel dengan format yang mudah. Akhir sekali, Peserta telah di beri penerangan oleh petugas tentang penggunaan Microsoft Power Point dan peserta telah mencuba membuat slide perbentangan yang mudah dengan menggunakan template yang ada (Power-point). 

Gambar Disini

Tarikh : 11, 13 & 27 Oktober2023

 Masa  : 2:00 Petang - 4:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu

 Peserta : 12 Orang

Tujuan :

Tujuan kelas ini untuk menerangkan kepada para pelajar berkaitan Pengenalan kepada IoT dan kepentingan IoT dalam melakukan aktiviti seharian.

Aktiviti 

Memperkenalkan asas Stem-IoT kepada pelajar dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Stem.

Gambar Disini

Tarikh : 5, 7 & 10 September 2023

 Masa  : 3:00 Pagi - 5:00 Petang       

 Lokasi : PEDi Lundu 

 Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Antara kelas dijalankan ialah Kuiz Pembelajaran dalam talian, Word Search Puzzle & Jigsaw Puzzle. Kelas tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta menjawab kuiz secara dalam talian kerana aktiviti seperti lebih menarik. Selain itu, Word Search Puzzle bertujuan untuk menguji minda peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi dan permainan ini sangat digemari oleh semua orang tanpa mengira usia. Jigsaw Puzzle pula, bertujuan untuk melatih kecekapan di samping menguji kecerdasan minda peserta dalam menyusun setiap kepingan paparan puzzle sehingga menjadi sebuah permandangan.

Aktiviti 

Antara aktiviti E-Learning tersebut, peserta telah menjawab kuiz dalam talian yang diberikan oleh petugas. Word Search Puzzle, peserta telah membuat Word Search Puzzle secara dalam talian. Jigsaw Puzzle, peserta telah membuat jigsaw puzzle secara dalam talian.

Gambar Disini