Tarikh : 21 Oktober2023 Masa : 9:30 Pagi - 3:00 Petang Lokasi : PEDi Kg.Pandan Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Antara kelas dijalankan ialah Kelas Asas ICT iaitu, Microsoft Word, Power-point & Excel. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul (Microsoft Word). Bagi kelas Excel pula adalah untuk mengajar peserta membuat Penyata Kewangan menggunakan Excel bagi memudahkan peserta membuat kiraan. Kelas Power-point bertujuan untuk mengajar peserta membuat slide perbentangan dengan mudah, menggunakan template yang sedia ada.
Aktiviti
Microsoft Office ( Word ), Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Word dan peserta membuat Surat Rasmi mengikut format yang betul. Microsoft office ( Excel ) Peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Excel dan peserta telah diajar untuk membuat Penyata Kewangan menggunakan excel dengan format yang mudah. Akhir sekali, Peserta telah di beri penerangan oleh petugas tentang penggunaan Microsoft Power Point dan peserta telah mencuba membuat slide perbentangan yang mudah dengan menggunakan template yang ada (Power-point).