Tarikh : 13,15,23 Jun 2023 Masa : 11:00 Pagi - 12:00 Petang Lokasi : PEDi Lundu / Luar PEDi Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan membimbing usahawan mengenai pengurusan kewangan yang betul serta sistematik. Ianya juga bertujuan untuk memastikan usahawan dapat mengurus kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas secara atas talian. Mereka diajar cara untuk pengurusan kewangan sepanjang menjalankan perniagaan supaya mendapat keuntungan. Selain itu, mereka mengetahui aspek penting dalam pengurusan sumber manusia sepanjang pengurusan perniagaan atau sesebuah organisasi. Peserta mendengar perkongsian daripada Usahawan Berjaya yang memberikan mereka kesedaran dalam menjalankan perniagaan seharusnya mempunyai matlamat yang ingin kita capai.